Friday, January 16, 2009

Chocolate Sherpa (MAL)

« Projek menikmati rasa coklat di kawasan tertinggi di dunia dilaksanakan untuk memungut wang derma menubuhkan sebuah hospital bergerak di Nepal »






PROJEK


Louis-Phillipe Loncke, seorang pengambara berbangsa Belgium sedang bersedia meneruskan expedisi akan datang, iaitu membuat pengambaraan 400km diantara Kathmandu dan Everest Base Camp (Nepal) untuk mengadakan satu projek menikmati rasa coklat di kawasan tertinggi di dunia ini. Peristiwa unik ini akan melibatkan media massa antarabangsa dunia, dan media cerita ini boleh mengharumi imej Belgium di mata dunia.

Objektif “Chocolate Sherpa “ ialah memungut wang derma untuk menubuhkan sebuah Hospital Bergerak di Nepal. Hospital Bergerak ini akan memberi perkhidmatan jagaan dan pembedahan kepada penduduk kawasan-kawasan terpencil di Nepal.



PROJEK PERIKEMANUSIAAN KASIHAN UNTUK HOSPITAL

Setelah berkhidmat sebagai pakar perunding Orthopaedic Hospital Nepal. (Kathmandu) dan melatih pembedah-pembedah muda Nepal sepanjang 8 tahun, pakar pembedah Belgium ini dan seorang kawan lain telah merancang untuk menubuhkan sebuah “hospital bergerak”, yang mudah didirikan dan cepat diyahhimpunkan supaya boleh diangkut oleh lori atau helicopter dan mengizinkan doctor-doktor sampai ke tempat-tempat terpencil di Nepal. Kempen-kempen sepanjang satu bulan akan memberi perkhidmatan jagaan kepada 5000 orang pesakit dan pembedahan termasuk perubatan kepada 250 orang pesakit yang lain. . Kos pekakasan untuk projek ini ditaksirkan 250.000 (pounds) dan kos kempen selama sebulan dijanka 50.000 pounds pula.

Kebanyakan kawasan- kawasan di Nepal tidak kesampaian dengan jalan dan hasrat untuk memberi perkhidmatan jagaan dan perubatan kepada penduduk-penduduk di kawasan-kawasan miskin ini adalah sangat sukar. Pesakit-pesakit kawasan sini tidak dapat sampai ke ibukota oleh kerana kos perjalanan tinggi dan masa panjang diperlukan untuk membuat perjalanan itu. Dengan adanya hospital bergerak ini , segala hasrat tersebut ini boleh dicapai..

SEMANGAT SPORTIF DAN CABARAN KEMANUSIAAN DAN KEBUDAYAAN

Satu pasukan “ Coklat Sherp” akan berjalan kaki 400km dari Kathmandu ke “Kem Dasar Everest” untuk mengedarkan 200kg coklat. Perjalanan panjang ini membenarkan ahli-ahli pasukan ini berjumpa dengan penduk-penduduk Sherpa dan berkongsi semangat gembira dengan mereka yang pernah menolong mengangkut barang-barangan dan perkakas bagi orang barat buat berpuluh-puluh tahun lalu. Coklat-coklat akan diedarkan kepada pengangkut-pengangkut Sherpa dan penduduk-penduduk Sherpa dalam perjalanan itu. 100 kilogram coklat yang tinggal akan diagihkan dalam sesuatu peristiwa unik merasa coklat di paras 5350 metres. Dalam tempoh masa ini Kem Dasar menjadi sebuah kampong dengan500 hingga 1000 orang Sherpa dan pendaki-pendaki gunung yang akan mencuba mendaki sampai puncak bumbung dunia ini.

Matlamat expedisi ini adalah bagi media-media antarabangsa menyempaikan kepuasan kepada penganjur-penganjur korporat yang sudi menderma kepada hospital bergerak ini. Cara kedua untuk memungut wang derma adalah melalui dermaan umum untuk menggalakkan Pasukan Chocolate Sherpa untuk mencapai matlamat mereka.

No comments:

Post a Comment